Monday 10 June 2013

Aku.Dia.Mereka.

Dia mengangkat tangan ke langit. Memohon doa buat mereka.
Dia bersujud lama. Lama sekali. Berdoa lagi. Buat mereka.
Dia menangis. Tika berdoa. Untuk mereka.
Siapa mereka? 
KITA.
Yang dia rindui. 

"Siapakah hamba Allah yang mulia di sisi Allah?"
Sahabat berpandangan sesama sendiri.Memikirkan jawapan.
"Tentulah malaikat, wahai kekasih Allah,"jawab seorang sahabat.
"Benar, malaikat memang mulia,mereka sentiasa bertasbih kepada Allah, tapi bukan mereka yang aku maksudkan,"jawab baginda.
"Para nabi, Ya Rasulullah!"kata sahabat yang lain.
Baginda tersenyum. 
"Benar,para nabi juga mulia, kerana meraka utusan Allah,tapi bukan mereka yang aku maksudkan,"
Sunyi kembali.
"Apakah kami Ya Rasulullah? Kamikah golongan yang mulia itu?" bersinar mata seorang sahabat tatkala mencuba.
Satu persatu wajah sahabat ditatap. Senyum. Melebar. 
"Tentulah kalian mulia, kalian membantu perjuanganku, mana mungkin kalian tidak mulia tapi ada lagi yang lain yang mulia,"

Sepi.Sunyi.Terdiam.
Wajahnya ditunduk.Mengalir airmata di pipinya.

"Mereka yang mulia itu,ialah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatku nanti.Mereka mencintai Allah. Mereka tidak hidup bersamaku, mereka tidak pernah melihatku, tetapi mereka merindui aku.Ummatku. Mereka adalah ummatku."

Wajah baginda tunduk. Menangis,merindui.

Besarnya hati baginda. Difikirannya hanyalah umat.

"Awak pernah fikir tak pasal kawan2 awak?"
Ummat?Kawan sebelah pun mata tak pandang, inikan ummat. :"/

Ah. Malu. 
Saat diri sibuk menuntut hak diri yang orang lain tidak tunaikan.
Saat diri cepat melatah tatkala yang diseru tidak mahu mengikut seruan.
Saat diri sibuk menelaah tanpa tahu hala tujuan.
Saat diri sibuk mahu bergumbira mengikut syahwat.
Saat diri sibuk berindu-rinduan tanpa Allah menjadi tumpuan.

Allahu. 
Kuatkan keinginan di hati ini.
Moga terus punya keinginan.
Mencari redhaMu.
Dengan menyeru manusia kepadaMu.
Sepertimana baginda.



-HAK,11/9/13, 0528 jam. asrar,dublin-


Sunday 12 May 2013

W.I.S.H


hanya satu. yang ditunggu-tunggu. dari Dia,Ar Rahman.Pemilik jiwa manusia.

'(Kepada mereka dikatakan), "Salam", sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang.' {36:58}

Berat mahu berkata. Apabila dipinta.
Tunduk. Empangan hampir pecah dikala itu. Bukan terharu.
Tapi.
Takut. Dengan kata-kata sendiri. Yang bakal keluar dari mulut.

Moga yang mendengar,lebih mengingati dari yang memberi,lantas, mengingatkan semula si pemberi. Kerana hati itu berbolak balik.

Allah, bersihkan hati kami, tatkala wajah ini, bertemuMu nanti.
Tidak sabar. Tapi...
Tunduk(sigh)

-hambaalkhaliq-2 Rejab 1434/12mei2013-


Sunday 14 April 2013

pure.

Aku mahu,
Hati bersih.
Hati besar.

Untuk dakwah.
Untuk Allah.

khalas.

22:78

:'(

p/s: senyum kuat2.



Monday 1 April 2013

[pause]continue.



"Kite tunggu awak balik tau. As a new Nur. Yang lagi kuat."

Lagi.
Allah itu memujuk.
Lagi.
Allah itu menguatkan.
Lagi.
Allah itu meyakinkan.

Dengan apa?
Dengan tanda.
S.I.G.N.S

Untuk siapa?
Untuk tujuan apa?

"Kita punya kerja yang besar. Kita punya kerja yang berat."

Dia berhenti. Senyum. Melihat wajah-wajah sekeliling. Semua mata tertumpu padanya.Menunggu bait-bait seterusnya.

Dia tidak menyambung kata-katanya. Bahkan matanya mengecil. Melihat batu-batu yang tersusun cantik. Melihat lautan yang terhampar luas.

"Kerna itu, Dia, Al Khaliq, memberi kita semua ini. Ini buat para duat. Yang bekerja keras. Maka akan hilang letih. Maka akan hilang rasa lemah di hati. Maka akan lahirlah kekuatan. Kegagahan. Saat mata tertancap pada ciptaanNya. Buat kita. Dia memujuk."

"Ambillah hadiah ini. Dari Dia,Maha Pencipta.Lantas, tebarkanlah rasa itu. Buat yang lain. Sambunglah. Perjuangan kita. Usah khuatir. Hadiah ini. Hanya kecil. Ada yang lebih besar dan hebat menunggu kita di sana. Hadiah yang lebih hebat. Yakin. "

airmata.

--------------------

allah.
hadiah buat pencinta langit.
:')

-HAK-28/3/2013-belfast-

Kloroks..hehs boleh bersih ka?

Wajah mereka.

Melihat wajah mereka membuatkan hati ku menjadi sayu. Wajah-wajah suci itu. Mencari Pencipta.
Bait-bait ayat Al-Quran berkumandang. Di kala bacaan al mathurat petang itu. Aku memanggung kepala. Melihat wajah-wajah suci mereka. Satu persatu ku tatap. Tunduk. Fokus mereka. Sayu,syukur, bercampur.

Tuhan, hati ini, tanpa disedari, wujud rasa itu. Rasa yang tidak kau sangka akan wujud. Sayang. Kasih. Pada mereka.
Namun, aku tunduk semula. Tatkala memikirkan hati yang kotor ini, Sungguh malu. Hati mereka dan hati aku. Ah. Berbeza sungguh. Kotornya hati ini. Allah.

Aku berdoa dalam diam. Moga hati kotorku ini, tidak mengotorkan hati mereka. Sungguh takut. Memikirkan hati-hati yang allah sentuh ini, gundah kalau hati kotor ini yang menjauhkan mereka dari allah. astaghfirullah.

Sungguh, buat sekelian kali juga mengingatkan diri bahawa aku pemegang amanah Allah. Memang. hidayah itu dari allah. Tapi, aku turut tidak mahu melepaskan peluang besar ke Jannah ini. Namun, hati ini. Hehs. Perlu dicuci dengan kloroks barangkali. Ah. Belum tentu bersih juga,mungkin.

Allah,bersihkan hati aku ini, agar matlamatku kesampaian, yakni Firdausi yang dihiasMu untuk ku. Biiznillah.



-HAK, 18 Jan 2013, 1704 jam, asrar,dublin-

Monday 4 March 2013

BAJET SERABUT.Hehs.

Aku sangka aku sudah berbuat banyak
Aku sangka aku sudah bersusah payah
Aku sangka aku banyak memerah otak
Aku sangka aku banyak berlelah lelah

Di jalan ini,
aku sangka
aku kira
sudah banyak.
Di jalan ini,
aku sangka
aku kira
sudah sesak.

ah.
sangkaan ku salah
kiraan aku lolos

kerana
mereka lagi banyak
mereka lagi susah
mereka lagi lelah

ah.
malunya.
aku.

-HAK,17 Jan 2013, asrar, dublin, 1948 jam-

Dia dibaling batu. Dia dihempap batu. Dia digantung. Dia dipalu. Tapi aku?
Baru mula serabut. Baru mula. Hehs. Tapi. Seolah-olah rasanya seperti diletak batu di dahi.
Seperti mahu lari. Mahu sembunyi. Benar?

Allahu. Ampunkan diri. Yang lemah. Hati yang goyah. Pasti belum segagah mereka dahulu. BELUM. AKAN ya Rabb. AKAN hati ini bersenam kuat2 untuk jadi segagah mereka. Se-yakin mereka.

'Kemudian Tuhanmu(pelindung) bagi orang yang BERHIJRAH setelah menderita COBAAN, kemudian mereka BERJIHAD dan BERSABAR, sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun,Maha Penyayang' {16:110}

allah. mahu kami terus teguh dalam jalan indah ini.moga hati ini terus terpaut padaMu,Ya Hayyu Ya Qayyum. hanya Engkau pautan paling kuat yang bisa dicapai.biar serabut.biar.biar.kerana aku yakin,serabut aku untuk kesenangan di sana.mahu.mahu.mahu! T.T

'Ini kalimat yang berat. Itu beban yang berat. Beban yang gunung tak sanggup menanggung. Beban yang dihindari oleh langit dan bumi. Maka hatinya harus lebih kokoh dari gunung. Maka jiwanya harus lebih perkasa daripada bumi. Maka dadanya harus lebih lapang daripada lautan.' -SAF-

:') allah ghayah. fulsetop.



Sunday 17 February 2013

Aku belajar ; MENYANTUNI MANUSIA.

Melihat hati-hati suci,mencari Mu.allah.sungguh hebat.
Conversation with her that night..was a deep one. rarely. yep.indeed very rare to happen.
"Sya rasa x tenang la Nur,"

Peranan kita? Bukan untuk menghukum.Bukan juga untuk menilai. Sikit pun tidak.
Gantikan ia dengan pandangan kasih dan sayang.

erk.did i said kasih juga sayang?
Sungguh. tika hati-hati bersih yang dahagakan rahmat Allah.
kitalah yang bantu tunjukkan. hati itu tidak buta. cuma kabur.

senyum. respon. dengan bahasa yang menyenangkan jiwa dahaga itu.
kata-kata yang menyenangkan. menafikan dalam kelembutan. mengiyakan dalam ketegasan.
senyum. dengan peristiwa kini. juga dahulu.

Muhammad tidak pernah memandang hina jiwa-jiwa yang mencari.
tangan Muhammad mengusap lembut bahu Ikramah Abu Jahal.
Rapi.Kemas pelukan yang diberi Muhammad kepada Ikramah, pembunuh bapa saudara kesayangannya.

Aduh.sungguh hensem tindakan itu yet,ironi.
Dia menerima jiwa dahaga itu,dengan senyuman,dengan pelukan rapi.
Yang tidak pernah dirasai Ikramah barangkali.
Pelukan yang menerima. Ikhlas. bukan meragukan lagi.

Itulah kita. hadir membawa jawapan,ketenangan,kedamaian kepada mereka.
Bukan hukuman atau tikaman.
Sungguh, suci hati yang mencari, lagi suci hati yang memberi.

"pagi tadi Sya baca AQ, dua kali Sya jumpa ayat cakap pasal 'sakinah',"
senyum.airmata.
Nah, bukan kita yang memberi tapi Dia,Al-Khaliq.
senyum melebar.

-allahpanduhatikami-
-HAK,9 jan 2013, 2320 jam-

Sunday 10 February 2013

Buta..? Mata atau hati? Ke dua2? Eh.

"Dah doa?"tanya kakak itu pada aku.
"Doa apa?"
"Doa tengok alam."

Perjalanan kami dari Cairo ke semenanjung Sinai. Mulut terbuka. Kagum. Melihat kiri dan kanan. Mata tidak boleh kelip lagi. Bukan tidak boleh, tapi tidak mahu. Membatu aku. Melihat ciptaan Dia. Subhanallah.

Padang pasir. Cantik. Kosong di pandangan mata,tapi mengisi jiwa. Allahuakbar.Awan bergumpal-gumpal. Seolah-olah gula-gula kapas. MasyaAllah.

Sampai di Sinai, coaster menelusuri pasakan bukit-bukit batu merah. Mengagumkan aku. Seperti lukisan. Seperti di dalam gambar2 dalam 'kotak hitam bernyawa'. Harus percaya. Subhanallah.

Pendakian ke atas puncak gunung Tursina. Allah! Seperti mahu menjerit. Jam 2 pagi kami mula mendaki. Bulan menjadi pemandu jalan.Cantik yang amat. Turun bukit pada jam 8 pagi. Allah. Pemandangan atas bukit, hanya Allah yang tahu, Sebab Dia yang cipta. Hehs. Airmata. Tanpa sedar.

Sungguh. Penciptaan langit dan bumi, kepunyaan Dia. Mana bisa manusia mampu membuat sebegitu rupa. Maka seharusnya, melihat,mentadabbur ciptaanNya, seharusnya mendekatkan kita, hambaNya pada Dia,Al Khaliq.

Ayuh, lihat semula. Sudah banyak bukti yang Dia tunjuk. Disekeliling kita. Bukti mana lagi kita mahu lihat? Mahu tunggu langit jatuh, baru mahu sedar ka adik?

"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" {3:191}


Adoi. Allahu. Airmata.

Seringkali, hati berdoa, Allah beri aku kekuatan, beri aku keyakinan.

Terima kasih Tuhan. Perjalanan ke semenanjung Sinai,mengajar aku. Menyedari bahawa keyakinan, kekuatan itu, sudah terbentang jelas di hadapan mata. Mahu bagaimana lagi, untuk berasa yakin dengan Allah? Panas,airmata.

Allahu,ampunkan kami,jika belum cukup yakin. Kami hamba yang lemah. Tunjukkan kami kebenaranMu.


-HAK,dalam perjalanan pulang dari Sinai ke Cairo,1610 jam-

p/s: alhamdulillah, Allah beri peluang kepada aku, untuk merasai perjalanan tarbiyah Musa a.s di bumi ardhul kinanah, Mesir, moga kalian beroleh manfaat dari pengalaman ku ini. allah. moga redha. ameen.