Tuesday 18 September 2012

1/100 dari Ar Rahman


Belum pernah lagi aku melihat dia sebegitu rupa. Senyumannya tidak pernah aku lihat seperti itu selalu. Ada sesuatu yang lain padanya. Katanya, dia tidak kisah. Ujarnya, dia sanggup. Aku fikir, senario seperti yang berlaku di hadapan mata aku ini, hanyalah imaginasi pengarah-pengarah filem.”
Ya. Mama ku. Tidak pernah aku lihat dia gembira sebegitu rupa. Tidak selama beberapa tahun aku hidup dengannya. Ah! Mungkin jiwa kerdil yang seringkali memberontak dahulu kala sudah buta. Tapi benar. Ini kali pertama. Mama mampu tersenyum gembira,pada malam raya tahun ini. Hehs. Mungkin ya, normal bagi mama kalian. Tapi tidak bagi mama aku, setelah ujian demi ujian melanda dirinya beberapa tahun ini.
Aik, rilek ja mama ya, despite you have to cook a lot and even until late midnight?” Aku berseloroh. Mama tersenyum. Sedikit pun tidak tipu. Jernih. Ikhlas sekali senyuman yang diberi pada riak wajahnya. Aku gembira. Terharu.
Tentu sekali dia gembira. Aku membuat andaian demi andaian. Tapi aku yakin. Masakan mama bisa menyembunyikan kegembiraan apabila raya tahun ini dapat disambut dengan seluruh ahli keluarga. Ya. Lengkap. Bertambah gembira apabila cucu-cucu kesayangan mama turut beraya bersama. Ini bukan filem, bukan drama airmata di ambang raya. Tapi realiti. Yang berlaku di hadapan mataku buat pertama kali. Aku tidak akan lupa. Senyuman itu. Moga bertemu lagi dengan senyuman itu.
……………………………………………………………………………
            Aduh. Hebat bukan penangan kasih dari ibu juga ayah? Memang menakjubkan,ya? Tapi, pernahkah kita terfikir, mengapa perlu semua ini? Dari mana datangnya perasaan kasih yang hebat ini, malah lebih berkuasa daripada kuasa yang ada si badan sasa Superman?
            “Rahmat Allah,”ujar seorang ustaz di radio.
            “Yang dikurniakan kita di dunia ini, amat hebat rasanya,” dia berhenti, menghela nafas.
            “Namun, ini hanya satu bahagian yang Allah SWT turunkan di muka bumi ini buat semua hambaNya,”terkedu aku mendengar.
            “ Masih ada 99 bahagian yang ditahanNya di akhirat sana,tapi dengan satu bahagian rahmat inilah, seorang ibu menyayangi anaknya, seorang lelaki mengasihi ibunya yang sudah tua dan seekor singa membelai anaknya. Subhanallah,”
            Pergh. Itulah kuasa Allah Ya Rahman. Penuh dengan hikmah. Penuh dengan keajaiban. Ya. Rasa sayang ibu,ayah,mama,papa,daddy,mummy,walid,ummi itu adalah daripada Dia semata-mata.Maka, seharusnya, kepada Dia kita berterima kasih. Syukur, Ya Rabbi!
            Lantas, ayuh! Kita manfaatkan sebaik-baiknya kurniaan ini. Jangan kita sia-siakan peluang ini, untuk meraih redhaNya. Jangan. Kelak, rugi di akhirat.
            Rugilah orang-orang yang mendapati kedua atau salah satu orang tuanya berumur tua, namun  keduanya tidak menjadikannya masuk syurga”   

                                                                                                             ~hadis Rasulullah SAW~


p:/s: Aseef(maaf) kerana mengambil masa yang lama untuk update post. Belum cukup istiqamah. Doakan agar dapat beristiqamah dalam jalan menuju redhaNya. Biiznillah.