Wednesday 2 April 2014

Buat apa tu?


"Cepat. Lari. Nanti terlepas!"
Pagi2. Berlarian anak. (Kadang2 lari ayah) hehs
Mengejar bas ke hospital. 
Fuh fuh. Penat. 

Tapi.
Alhamdulillah. Allah beri peluang.
Tajdid niat.
Hampir setiap pagi berlarian.

Hati mengumam.
Apa yang dikejar sebenarnya?
Apa yang dicari sebenarnya?
Dunia?
Harta?
Atau
Sorga?

Ayuh. Teman.
Luruskan niat.
Moga langkah2 kita bersih.
Kerana Allah semata.


"Syiro,kita kena jadik pandai untuk umat tau,"
Someone pat me on the back. Sambil senyum.








I.K.H.L.A.S

IKHLAS
Mata memandang skrin.
"Empyema"
Huh.
Tidak masuk otak.
Fikiran melayang. Peristiwa semalam,tidak dapat dilupakan.

Aku belajar erti IKHLAS.
IKHLASnya dia,maka bukan hasil yang dikejar.
Bahkan saat hasil membuah,dia tidak dapat merasa hasilnya.
Hanya kerana dia IKHLAS.
Sentuhan IKHLAS seorang murabbi.
Dapat menyentuh hati mutarabbi.
Kerana hati murabbi bercantum dengan Pemberi Ikhlas.
Kerana itu,sentuhan ikhlasnya,benar2 IKHLAS.

Nah. Mana ikhlasmu?
Bekerjalah.
Sentuhlah.
Dengan Ikhlas.
Tanpa mengharapkan hasil di depan mata untuk hadir.
Kerana hasil yang sebenar itu.
Di syurga.