Thursday 27 December 2012

Sudah dapat, bila nak balas?!


"We,human,are one of many kinds of the complex creatures in this living system," 

Mataku membulat besar. Gigih aku cuba menangkap makna kata-kata dia. 
"And I am always interested to unravel the mystery of our body, that we haven't come across it. Still, many structures in the body remain mysterious,"

Serius sekali lelaki bermata biru itu. Aku dapat merasakan bahawa dia benar-benar bersungguh dalam usahanya. Dia menyambung lagi.

"Let me ask you one question. What happen to our blood glucose when we fast?"

"Of course it will go down, sir," jawapan kedengaran dari ruang tengah dewan kuliah. 

"And it may even depleted abruptly that it can affect our metabolism rate,"
Yakin sungguh Christian,pelajar pintar di kelasku mengeluarkan buah fikirannya.

"You are right,"balas Prof. Docherty. "But you are wrong as well." Pelajar ketawa mendengar kata- kata Prof. Docherty.

"Yes, our blood glucose will drop," sambil berjalan ke hadapan pentas, "But it will not go down to zero. Isn't it amazing?"

Tentu sekali wahai professor. Aku kagum. 

"This is because our body will naturally compensate with the insufficient supply of blood glucose from diet by generating glucose from other building blocks,such as amino acid and fatty acid."

Aku terpegun.Masakan tidak. Bukti cinta Allah terpampang kini. Hebatnya. Sekecil- kecil tahap gula dalam darah. Dia sudah tentukan. Untuk kita.  
               *****************************************************
                             Menakjubkan? Mempersonakan? Kagum? 

Subhanallah. Satu perkataan. Menggambarkan semua perasaan. 

Kasih sayang Allah SWT kepada manusia. Tidak akan pernah dapat ditandingi. Begitulah kasihnya Allah SWT kepada manusia. Manusia. Ya. Kita. Allah SWT ciptakan kita dengan penuh teliti.Teliti.

Malunya dengan kita. Memang. Kita tidak akan mampu untuk membalas segala kasih sayang yang dikurniakan ini. 
Tapi, pernahkah kita mencuba? 
Pernahkah kita berusaha?
Kenapa mudah sekali putus asa? 
Sedangkan rahmat dan cintaNya pada kita tidak pernah putus?

Ayuh,kalian.Lihat semula hidup kita. Sudah sejauh mana kita berusaha? Membalas cinta yang diberiNya? 
Sejauh mana?

- H.A.K- 

Tuesday 18 September 2012

1/100 dari Ar Rahman


Belum pernah lagi aku melihat dia sebegitu rupa. Senyumannya tidak pernah aku lihat seperti itu selalu. Ada sesuatu yang lain padanya. Katanya, dia tidak kisah. Ujarnya, dia sanggup. Aku fikir, senario seperti yang berlaku di hadapan mata aku ini, hanyalah imaginasi pengarah-pengarah filem.”
Ya. Mama ku. Tidak pernah aku lihat dia gembira sebegitu rupa. Tidak selama beberapa tahun aku hidup dengannya. Ah! Mungkin jiwa kerdil yang seringkali memberontak dahulu kala sudah buta. Tapi benar. Ini kali pertama. Mama mampu tersenyum gembira,pada malam raya tahun ini. Hehs. Mungkin ya, normal bagi mama kalian. Tapi tidak bagi mama aku, setelah ujian demi ujian melanda dirinya beberapa tahun ini.
Aik, rilek ja mama ya, despite you have to cook a lot and even until late midnight?” Aku berseloroh. Mama tersenyum. Sedikit pun tidak tipu. Jernih. Ikhlas sekali senyuman yang diberi pada riak wajahnya. Aku gembira. Terharu.
Tentu sekali dia gembira. Aku membuat andaian demi andaian. Tapi aku yakin. Masakan mama bisa menyembunyikan kegembiraan apabila raya tahun ini dapat disambut dengan seluruh ahli keluarga. Ya. Lengkap. Bertambah gembira apabila cucu-cucu kesayangan mama turut beraya bersama. Ini bukan filem, bukan drama airmata di ambang raya. Tapi realiti. Yang berlaku di hadapan mataku buat pertama kali. Aku tidak akan lupa. Senyuman itu. Moga bertemu lagi dengan senyuman itu.
……………………………………………………………………………
            Aduh. Hebat bukan penangan kasih dari ibu juga ayah? Memang menakjubkan,ya? Tapi, pernahkah kita terfikir, mengapa perlu semua ini? Dari mana datangnya perasaan kasih yang hebat ini, malah lebih berkuasa daripada kuasa yang ada si badan sasa Superman?
            “Rahmat Allah,”ujar seorang ustaz di radio.
            “Yang dikurniakan kita di dunia ini, amat hebat rasanya,” dia berhenti, menghela nafas.
            “Namun, ini hanya satu bahagian yang Allah SWT turunkan di muka bumi ini buat semua hambaNya,”terkedu aku mendengar.
            “ Masih ada 99 bahagian yang ditahanNya di akhirat sana,tapi dengan satu bahagian rahmat inilah, seorang ibu menyayangi anaknya, seorang lelaki mengasihi ibunya yang sudah tua dan seekor singa membelai anaknya. Subhanallah,”
            Pergh. Itulah kuasa Allah Ya Rahman. Penuh dengan hikmah. Penuh dengan keajaiban. Ya. Rasa sayang ibu,ayah,mama,papa,daddy,mummy,walid,ummi itu adalah daripada Dia semata-mata.Maka, seharusnya, kepada Dia kita berterima kasih. Syukur, Ya Rabbi!
            Lantas, ayuh! Kita manfaatkan sebaik-baiknya kurniaan ini. Jangan kita sia-siakan peluang ini, untuk meraih redhaNya. Jangan. Kelak, rugi di akhirat.
            Rugilah orang-orang yang mendapati kedua atau salah satu orang tuanya berumur tua, namun  keduanya tidak menjadikannya masuk syurga”   

                                                                                                             ~hadis Rasulullah SAW~


p:/s: Aseef(maaf) kerana mengambil masa yang lama untuk update post. Belum cukup istiqamah. Doakan agar dapat beristiqamah dalam jalan menuju redhaNya. Biiznillah. 
           
                               

Sunday 1 July 2012

Priiiit..Priiit..Time is Up!


Priiiit..Priiit..Time is Up!


“Your time remaining is 15 minutes!” Aku tersedar dari lamunan. Huh?!! 15 minit je lagi?!! Aku mengumam di dalam hati. Aduh! Mampus la aku. Gara-gara datang lewat ke dewan peperiksaan, aku kesuntukan masa. Banyak lagi soalan yang belum dijawab. Soalan yang sudah dijawab pun, tak dijawab dengan confident. Masakan boleh confident, kalau  masuk dewan pun sudah tergopoh-gopoh! 

Beberapa minit sebelum…..

            “Usamah! Ko dah ready blom untuk exam kejap lagi? Semua stationary dah ada? ID? Haa..ko jangan lupa plak calculator,kalau tak…seksa plak nak jawab soalan Math Higher Level tu,” muncung mulut Muhammad menasihatkan aku. Hmm..tapi aku ambil ringan saja bebelan Muhammad yang aku rasa seperti berdesing di telinga ni. 

            “Hmm, aku tawu la Muhammad.Nanti la aku kemas. Biarlah aku update status FB aku ni dulu…” Jari aku ligat menaip status FB, yang aku rasa merupakan kewajipan aku setiap hari.

-Exam bermula hari ni, cepatlah habis wahai exam!  (Status FB aku)

Tanpa aku sedari, rupa-rupanya tinggal kurang 30 minit saja lagi untuk peperiksaan bermula. Dan aku mulai sedar bahawa aku sudah terlajak! Aduhai, beg pula masih belum berkemas! Tangan aku ligat memunggah meja study, mencari calculator… Wahai, mana pula aku letak calculator ni…!! Setelah 10 minit menghabiskan masa mencari calculator, terus aku membuat pecutan ke dewan peperiksaan..

Hmm, perasaan menyesal menggunung dalam diri ni. Kalaulah aku dengar kata-kata Muhammad tadi. Kalaulah aku buat persediaan awal tadi. Kalaulah itu..Kalaulah ini…Hmmm…
…………………………………………………
Mungkin kita pernah mengalami situasi di atas, atau mungkin tidak. Mungkin kawan kita pernah mengalami situasi di atas, lalu menceritakan pengalamannya yang mendebarkan itu kepada kita…kan2? ;-) Nah! Entah mengapa, pengalaman Usamah(bukan nama sebenar) di atas, seperti merobek-robek hatiku…mengapa? 

Kata-kata seorang ustaz yang berkongsi perihal solat di frekuensi radio yang agak terkenal amat menyentap fikiran aku.

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud, ia berkata :Aku bertanya kepada Rasulullah tentang amalan yang paling utama, beliau menjawab: “Shalat di awal waktunya.”(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Gi mana? Berjaya tak kaitkan pengalaman Usamah dengan perkongsian ustaz itu tadi? Berjaya? Bagus..baguuus.. Apa? Masih belum jumpa connectionnya?? Tidak mengapa..biar saya bantu, eh?

Begini….cuba imbas kembali saat-saat dahulu, di waktu pelajaran merupakan priority kita…fuuh! Exam musti mau A+ maaaa…mesti nak bersaing dengan rakan-rakan, mesti nak jadi yang terbaik,kan? Saya yakin juga, anda bukanlah seperti Usamah yang terleka dengan Facebook di waktu-waktu genting hari peperiksaan..kan? Hek eleh, tak logik la cita Usamah kat atas nii…Tentulah! Tak masuk dek akal kan? Bagaimana seorang pelajar bisa mementingkan Facebook lebih dari exam yang boleh menentukan masa hadapannya, kan2? 

Hmmm…
Jap2…tapi…..SOLAT?
            Kenapa dengan SOLAT?
            Hmmm…

            Satu soalan untuk renungan hati…logik tak untuk kita memandang sebelah mata, sesuatu yang mampu menentukan hidup kita-Dunia dan Akhirat?? Seperti mana kita rasa exam itu mampu menentukan masa hadapan Dunia kita dan kita sentiasa membuat persediaan yang sehabis baik untuk menghadapinya, bukankah kita juga perlu membuat sehabis-habis baik untuk perkara yang menentukan kecerahan masa hadapan dunia dan akhirat kita??

            Aduh…tidak terniat langsung untuk menempelak sesiapa selain diri sendiri…
Ayuh..sama-samalah kita renungkan…jika kita sanggup bersedia awal untuk hari-hari exam masakan kita tidak mahu prepare yang terbaik untuk solat kita…Nah..Nabi sudahpun beritahu bagaimana caranya..iaitu, solat di awal waktu..itu yang paling utama, tak gitu, huh?
………………………….

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud, ia berkata :Aku bertanya kepada Rasulullah tentang amalan yang paling utama, beliau menjawab: “Shalat di awal waktunya.”(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
………………………InsyaAllah………………………
p/s: maaf jika terlalu banyak bahasa rojak…sebenarnya hanya cuba memasukkan elemen santai.. ;)



Wednesday 27 June 2012

Jailiyah Punyai Gigi Tajam?!!?


Jahiliyah Punyai Gigi Tajam?!!?


 “Meow..Meow..Meow…” Tatkala aku baru sahaja menyandar pada pintu masjid, kucing tompok hitam putih datang mendekati aku. Suka sekali dia menyendeng-nyendengkan badannya ke kaki aku. Mintak diusap agaknya. Kasihan jugak aku melihat. Pasti dia kelaparan. Tangan aku mengusap lembut bulu kucing.Lembut. Walaupun kucing terbiar. Dia pun makhluk Allah. Tiba-tiba....

“Opocot..Astaghfirullah..terkejut aku..fuuhh!” Kucing tadi terus melompat lantas menyembunyikan diri di sebalik tiang masjid.  Hairan jugak aku. Kucing terus menerus menyorok di belakang tiang ala-ala pink panther. Badan direndahkan. Ibarat sedang memburu mangsa. Rupa-rupanya  kerana seekor burung! Burung yang mendarat di lantai masjid menarik perhatian si kucing. Aku terus memerhati gelagat dua makhluk Allah yang sedang melaksanakan aturan yang Allah telah tetapkan sejak azali. 

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (2:29)
Aku yakin. Setiap perkara yang berlaku. Untuk aku.Untuk manusia. Untuk hamba Dia. Jadi, adegan si kucing dan burung yang Allah paparkan depan mata ku juga pasti ada ibrahnya.

Si burung, dengan kepala yang terhangguk-hangguk tanpa menyedari gelagatnya diperhati kan makhluk lain, meneruskan aktivitinya dengan berkeliaran di lantai masjid. Si kucing terus-menerus memerhati. Kelopak mata tidak berkelip. Walau sedetik. Takut-takut terlepas. Langkah disusun rapi agar kehadiran tidak disedari. Si kucing bertindak seperti pemburu profesional yang sudah beberapa hari tidak makan. Aku yakin. Jika tidak kerana Tok Siak yang menghalau burung tersebut, sudah lama si burung berada di dalam perut si kucing tompok.

Begitulah diri dan jahiliyah. Diri ibarat burung yang masih berseronok berkeliaran sana sini tanpa menghiraukan mata-mata jahiliyah yang memandang. Bila-bila sahaja, jahiliyah bisa menerkam diri yang leka. Yang lena. Yang sengaja melekakan. Yang sengaja melenakan.  Amat takut kan? Bagaimana jika mata jahiliyah, bukan hanya mata? Bagaimana jika jahiliyah punyai kuku dan gigi yang tajam? Yang mampu merobek hati hingga berkecai? Yang mampu mengisar hati hingga lumat? Bagaimana? Jika begitu, lantas diri dalam bahaya! Berwaspadalah!

p/s:  jargon
Jahiliyah secara ringkasnya adalah perkara-perkara yang boleh menjauhkan kita daripada mengingati Allah SWT dan membuatkan kita jauh daripada Allah SWt..dan setiap orang mempunyai jahiliyah yang berbeza....

Tuesday 26 June 2012

::Without You::


       ::Without You::

 
          
            "I can't live, if living is without you,..oh..oh.." Lagu kegemaran mama kedengaran berkumandang di corong radio. Suka sekali mama dengan lagu nyanyian Mariah Carey itu. Kata mama, lagu itu amat bermakna. Tambah-tambah apabila ia mampu mengimbau banyak nostalgia manis antara mama dan abah. Waktu muda dahulu la katakan. Senyuman manis terukir di bibir wanita pertengahan usia itu. Senang hati aku melihat mama gembira.

            Nah. Dek pengaruh mama, mulutku turut terikut-ikut dengan bait-bait lagu tersebut. Bait  'without you' terngiang-ngiang di telinga ku. Lamunan ku terhenti tatkala bunyi mesej di handphoneku berbunyi. 

---"Salam, ukhti(sister), apa khabar iman? Tak bolehkan hidup tanpa Allah? :)

            Tepat benar pada masanya. Kena betul pada masanya. Bisa hidup tanpa Allah? Fuh. Sudah tentu la tidak. Bagaimana hamba mampu hidup tanpa Penciptanya? Bagaimana? Bagaimana? Aduh.....Namun, lihat saja pada diri kita...lihat, saat sekarang juga! Seringkali, diri kita lupa pada satu keyataan, malah, ada juga yang lebih parah, kerana tidak pernah sedar saat bila-bila pun, akan kenyataan itu...kenyataan apakah???

            BAHWA kita TIDAK AKAN pernah mampu hidup tanpa Pencipta kita...

-----Tapi, mengapa masih ramai lagi yang masih mampu tersenyum,masih mampu ketawa, masih mampu bergerak, walaupun tanpa Allah SWT di hati?? Mengapa??Mengapa??

            Waduh, sih! Bukan hidup itu yang aku maksudkan! HIDUP ini merupakan penghidupan yang SEBENAR.. kehidupan yang SEHARUSNYA didambakan segenap manusia di muka bumi ini..ini lah hidup yang paling IDEAL di dunia ini...!

            Benar sekali! Right on the bull's eye! Fizikalnya, seseorang manusia itu memang masih bergerak,  masih mampu menyuap makanan, masih mampu bergelak ketawa bersama orang tercinta, NAMUN, tanyalah tuan punya diri itu, bagaimana, puaskah? Benar-benar puas kah? Tentu sekali, YA, TIDAK PUAS! 

            Ayuh, kita lihat dari pespektif mana yang tidak puas nih??!! Aku pasti, semua sedia maklum akan kenyataan bahawa setiap kerajaan itu pasti ada rajanya.. lantas, jasad yang dimiliki ini tentu juga ada rajanya, tapi siapa Raja kepada Kerajaan Jasad ini??

' Ketahuilah! Sesungguhnya, dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila baik, maka baiklah seluruh jasadnya, dan apabila ia rusak, maka rusaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah! Segumpal daging itu adalah hati' ~potongan hadis ke-enam, riwayat al-Bukhari dan Muslim~

            Aha! Jelas bukan, hati lah yang menentukan keadaan anggota kita yang lain?? Namun, seringkali kita lupa untuk memberi makan kepada segumpal daging itu...malangnya, berlebih-lebihan dalam memberi makan kepada tubuh yang sudah sedia berisi itu! Lantas, bagaimana hidup yang SEBENAR mampu dikecapi, jika seringkali 'tidak cukup makan'??
           
            Bingung ya? Jadi, bagaimana mahu dapat HIDUP yang paling IDEAL itu?? Senang aja...so easy! Let us ask our Most Gracious Creator..He always purposely reveal the secrets..nice huh? =)

            "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram" 
                                                                                                              ~ Surah Ar-Ra'd:28~ 
                   
            Tentu sekali, hati yang tenang, adalah kurniaan Allah SWT, yang mampu menawarkan kita dengan kehidupan yang PALING puas,bukan?? Ayuh, sama-sama lah kita penuhi hati dengan ALLAH SWT, agar hidup BENAR-BENAR bahagia..

            Aduss.Terngiang-ngiang pula bait-bait lagu Hakikat Bahagia dendangan Unic di telingaku nih..ketemu lagi ya? Aku mahu melayan lagu ini...assalamualaikum! :p

p/s: belakang tabir:
'Bukankah Tuhan telah berfirman,
Ketahuilah dengan mengingati Allah,
jiwa kan menjadi tenang....uwooowooo....

Hakikatnya bahgia itu,
Adalah ketenaangan
Bila hati mengingati Tuhan...uwoowooo'



Monday 25 June 2012

STRANGERS ( Ghuraba')

STRANGERS ( Ghuraba’)

S is for the Sacrifices that one would made,
and,
T is for the Time one would appreciate,
and,
R is for the Role that most wouldn’t want to take,
and,
A is for the Air that they should not waste,
and,
N is for The Name that they always pray,
and,
G is for The Goal that only they would gained,
and,
E is for the Endless joy they will obtain,
and,
R is for the Rise they always craved.

And STRANGERS,
They are not anyone,
But they hold on the The One.

And STRANGERS,
Smile, would be on their face,
When others would wail.

And STRANGERS, who are they?

Oh STRANGERS!
Oh STRANGERS!
Oh STRANGERS!

Let us all be them!

~Hamba Al-Khaliq~