Wednesday 27 June 2012

Jailiyah Punyai Gigi Tajam?!!?


Jahiliyah Punyai Gigi Tajam?!!?


 “Meow..Meow..Meow…” Tatkala aku baru sahaja menyandar pada pintu masjid, kucing tompok hitam putih datang mendekati aku. Suka sekali dia menyendeng-nyendengkan badannya ke kaki aku. Mintak diusap agaknya. Kasihan jugak aku melihat. Pasti dia kelaparan. Tangan aku mengusap lembut bulu kucing.Lembut. Walaupun kucing terbiar. Dia pun makhluk Allah. Tiba-tiba....

“Opocot..Astaghfirullah..terkejut aku..fuuhh!” Kucing tadi terus melompat lantas menyembunyikan diri di sebalik tiang masjid.  Hairan jugak aku. Kucing terus menerus menyorok di belakang tiang ala-ala pink panther. Badan direndahkan. Ibarat sedang memburu mangsa. Rupa-rupanya  kerana seekor burung! Burung yang mendarat di lantai masjid menarik perhatian si kucing. Aku terus memerhati gelagat dua makhluk Allah yang sedang melaksanakan aturan yang Allah telah tetapkan sejak azali. 

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (2:29)
Aku yakin. Setiap perkara yang berlaku. Untuk aku.Untuk manusia. Untuk hamba Dia. Jadi, adegan si kucing dan burung yang Allah paparkan depan mata ku juga pasti ada ibrahnya.

Si burung, dengan kepala yang terhangguk-hangguk tanpa menyedari gelagatnya diperhati kan makhluk lain, meneruskan aktivitinya dengan berkeliaran di lantai masjid. Si kucing terus-menerus memerhati. Kelopak mata tidak berkelip. Walau sedetik. Takut-takut terlepas. Langkah disusun rapi agar kehadiran tidak disedari. Si kucing bertindak seperti pemburu profesional yang sudah beberapa hari tidak makan. Aku yakin. Jika tidak kerana Tok Siak yang menghalau burung tersebut, sudah lama si burung berada di dalam perut si kucing tompok.

Begitulah diri dan jahiliyah. Diri ibarat burung yang masih berseronok berkeliaran sana sini tanpa menghiraukan mata-mata jahiliyah yang memandang. Bila-bila sahaja, jahiliyah bisa menerkam diri yang leka. Yang lena. Yang sengaja melekakan. Yang sengaja melenakan.  Amat takut kan? Bagaimana jika mata jahiliyah, bukan hanya mata? Bagaimana jika jahiliyah punyai kuku dan gigi yang tajam? Yang mampu merobek hati hingga berkecai? Yang mampu mengisar hati hingga lumat? Bagaimana? Jika begitu, lantas diri dalam bahaya! Berwaspadalah!

p/s:  jargon
Jahiliyah secara ringkasnya adalah perkara-perkara yang boleh menjauhkan kita daripada mengingati Allah SWT dan membuatkan kita jauh daripada Allah SWt..dan setiap orang mempunyai jahiliyah yang berbeza....

No comments:

Post a Comment