Jahiliyah Punyai Gigi Tajam?!!?
“Meow..Meow..Meow…”
Tatkala aku baru sahaja menyandar pada pintu masjid, kucing tompok hitam putih
datang mendekati aku. Suka sekali dia menyendeng-nyendengkan badannya ke kaki
aku. Mintak diusap agaknya. Kasihan jugak aku melihat. Pasti dia kelaparan.
Tangan aku mengusap lembut bulu kucing.Lembut. Walaupun kucing terbiar. Dia pun
makhluk Allah. Tiba-tiba....
“Opocot..Astaghfirullah..terkejut aku..fuuhh!” Kucing
tadi terus melompat lantas menyembunyikan diri di sebalik tiang masjid. Hairan jugak aku. Kucing terus menerus
menyorok di belakang tiang ala-ala pink panther. Badan direndahkan. Ibarat
sedang memburu mangsa. Rupa-rupanya
kerana seekor burung! Burung yang mendarat di lantai masjid menarik
perhatian si kucing. Aku terus memerhati gelagat dua makhluk Allah yang sedang
melaksanakan aturan yang Allah telah tetapkan sejak azali.
“Dia-lah
Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak
(menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui
segala sesuatu.” (2:29)
Aku
yakin. Setiap perkara yang berlaku. Untuk aku.Untuk manusia. Untuk hamba Dia.
Jadi, adegan si kucing dan burung yang Allah paparkan depan mata ku juga pasti
ada ibrahnya.
Si
burung, dengan kepala yang terhangguk-hangguk tanpa menyedari gelagatnya
diperhati kan makhluk lain, meneruskan aktivitinya dengan berkeliaran di lantai
masjid. Si kucing terus-menerus memerhati. Kelopak mata tidak berkelip. Walau
sedetik. Takut-takut terlepas. Langkah disusun rapi agar kehadiran tidak
disedari. Si kucing bertindak seperti pemburu profesional yang sudah beberapa
hari tidak makan. Aku yakin. Jika tidak kerana Tok Siak yang menghalau burung
tersebut, sudah lama si burung berada di dalam perut si kucing tompok.
Begitulah
diri dan jahiliyah. Diri ibarat burung yang masih berseronok berkeliaran sana
sini tanpa menghiraukan mata-mata jahiliyah yang memandang. Bila-bila sahaja,
jahiliyah bisa menerkam diri yang leka. Yang lena. Yang sengaja melekakan. Yang
sengaja melenakan. Amat takut kan?
Bagaimana jika mata jahiliyah, bukan hanya mata? Bagaimana jika jahiliyah
punyai kuku dan gigi yang tajam? Yang mampu merobek hati hingga berkecai? Yang
mampu mengisar hati hingga lumat? Bagaimana? Jika begitu, lantas diri dalam
bahaya! Berwaspadalah!
p/s: jargon
Jahiliyah
secara ringkasnya adalah perkara-perkara yang boleh menjauhkan kita daripada
mengingati Allah SWT dan membuatkan kita jauh daripada Allah SWt..dan setiap
orang mempunyai jahiliyah yang berbeza....