Sunday 1 July 2012

Priiiit..Priiit..Time is Up!


Priiiit..Priiit..Time is Up!


“Your time remaining is 15 minutes!” Aku tersedar dari lamunan. Huh?!! 15 minit je lagi?!! Aku mengumam di dalam hati. Aduh! Mampus la aku. Gara-gara datang lewat ke dewan peperiksaan, aku kesuntukan masa. Banyak lagi soalan yang belum dijawab. Soalan yang sudah dijawab pun, tak dijawab dengan confident. Masakan boleh confident, kalau  masuk dewan pun sudah tergopoh-gopoh! 

Beberapa minit sebelum…..

            “Usamah! Ko dah ready blom untuk exam kejap lagi? Semua stationary dah ada? ID? Haa..ko jangan lupa plak calculator,kalau tak…seksa plak nak jawab soalan Math Higher Level tu,” muncung mulut Muhammad menasihatkan aku. Hmm..tapi aku ambil ringan saja bebelan Muhammad yang aku rasa seperti berdesing di telinga ni. 

            “Hmm, aku tawu la Muhammad.Nanti la aku kemas. Biarlah aku update status FB aku ni dulu…” Jari aku ligat menaip status FB, yang aku rasa merupakan kewajipan aku setiap hari.

-Exam bermula hari ni, cepatlah habis wahai exam!  (Status FB aku)

Tanpa aku sedari, rupa-rupanya tinggal kurang 30 minit saja lagi untuk peperiksaan bermula. Dan aku mulai sedar bahawa aku sudah terlajak! Aduhai, beg pula masih belum berkemas! Tangan aku ligat memunggah meja study, mencari calculator… Wahai, mana pula aku letak calculator ni…!! Setelah 10 minit menghabiskan masa mencari calculator, terus aku membuat pecutan ke dewan peperiksaan..

Hmm, perasaan menyesal menggunung dalam diri ni. Kalaulah aku dengar kata-kata Muhammad tadi. Kalaulah aku buat persediaan awal tadi. Kalaulah itu..Kalaulah ini…Hmmm…
…………………………………………………
Mungkin kita pernah mengalami situasi di atas, atau mungkin tidak. Mungkin kawan kita pernah mengalami situasi di atas, lalu menceritakan pengalamannya yang mendebarkan itu kepada kita…kan2? ;-) Nah! Entah mengapa, pengalaman Usamah(bukan nama sebenar) di atas, seperti merobek-robek hatiku…mengapa? 

Kata-kata seorang ustaz yang berkongsi perihal solat di frekuensi radio yang agak terkenal amat menyentap fikiran aku.

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud, ia berkata :Aku bertanya kepada Rasulullah tentang amalan yang paling utama, beliau menjawab: “Shalat di awal waktunya.”(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Gi mana? Berjaya tak kaitkan pengalaman Usamah dengan perkongsian ustaz itu tadi? Berjaya? Bagus..baguuus.. Apa? Masih belum jumpa connectionnya?? Tidak mengapa..biar saya bantu, eh?

Begini….cuba imbas kembali saat-saat dahulu, di waktu pelajaran merupakan priority kita…fuuh! Exam musti mau A+ maaaa…mesti nak bersaing dengan rakan-rakan, mesti nak jadi yang terbaik,kan? Saya yakin juga, anda bukanlah seperti Usamah yang terleka dengan Facebook di waktu-waktu genting hari peperiksaan..kan? Hek eleh, tak logik la cita Usamah kat atas nii…Tentulah! Tak masuk dek akal kan? Bagaimana seorang pelajar bisa mementingkan Facebook lebih dari exam yang boleh menentukan masa hadapannya, kan2? 

Hmmm…
Jap2…tapi…..SOLAT?
            Kenapa dengan SOLAT?
            Hmmm…

            Satu soalan untuk renungan hati…logik tak untuk kita memandang sebelah mata, sesuatu yang mampu menentukan hidup kita-Dunia dan Akhirat?? Seperti mana kita rasa exam itu mampu menentukan masa hadapan Dunia kita dan kita sentiasa membuat persediaan yang sehabis baik untuk menghadapinya, bukankah kita juga perlu membuat sehabis-habis baik untuk perkara yang menentukan kecerahan masa hadapan dunia dan akhirat kita??

            Aduh…tidak terniat langsung untuk menempelak sesiapa selain diri sendiri…
Ayuh..sama-samalah kita renungkan…jika kita sanggup bersedia awal untuk hari-hari exam masakan kita tidak mahu prepare yang terbaik untuk solat kita…Nah..Nabi sudahpun beritahu bagaimana caranya..iaitu, solat di awal waktu..itu yang paling utama, tak gitu, huh?
………………………….

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud, ia berkata :Aku bertanya kepada Rasulullah tentang amalan yang paling utama, beliau menjawab: “Shalat di awal waktunya.”(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
………………………InsyaAllah………………………
p/s: maaf jika terlalu banyak bahasa rojak…sebenarnya hanya cuba memasukkan elemen santai.. ;)