Monday 10 June 2013

Aku.Dia.Mereka.

Dia mengangkat tangan ke langit. Memohon doa buat mereka.
Dia bersujud lama. Lama sekali. Berdoa lagi. Buat mereka.
Dia menangis. Tika berdoa. Untuk mereka.
Siapa mereka? 
KITA.
Yang dia rindui. 

"Siapakah hamba Allah yang mulia di sisi Allah?"
Sahabat berpandangan sesama sendiri.Memikirkan jawapan.
"Tentulah malaikat, wahai kekasih Allah,"jawab seorang sahabat.
"Benar, malaikat memang mulia,mereka sentiasa bertasbih kepada Allah, tapi bukan mereka yang aku maksudkan,"jawab baginda.
"Para nabi, Ya Rasulullah!"kata sahabat yang lain.
Baginda tersenyum. 
"Benar,para nabi juga mulia, kerana meraka utusan Allah,tapi bukan mereka yang aku maksudkan,"
Sunyi kembali.
"Apakah kami Ya Rasulullah? Kamikah golongan yang mulia itu?" bersinar mata seorang sahabat tatkala mencuba.
Satu persatu wajah sahabat ditatap. Senyum. Melebar. 
"Tentulah kalian mulia, kalian membantu perjuanganku, mana mungkin kalian tidak mulia tapi ada lagi yang lain yang mulia,"

Sepi.Sunyi.Terdiam.
Wajahnya ditunduk.Mengalir airmata di pipinya.

"Mereka yang mulia itu,ialah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatku nanti.Mereka mencintai Allah. Mereka tidak hidup bersamaku, mereka tidak pernah melihatku, tetapi mereka merindui aku.Ummatku. Mereka adalah ummatku."

Wajah baginda tunduk. Menangis,merindui.

Besarnya hati baginda. Difikirannya hanyalah umat.

"Awak pernah fikir tak pasal kawan2 awak?"
Ummat?Kawan sebelah pun mata tak pandang, inikan ummat. :"/

Ah. Malu. 
Saat diri sibuk menuntut hak diri yang orang lain tidak tunaikan.
Saat diri cepat melatah tatkala yang diseru tidak mahu mengikut seruan.
Saat diri sibuk menelaah tanpa tahu hala tujuan.
Saat diri sibuk mahu bergumbira mengikut syahwat.
Saat diri sibuk berindu-rinduan tanpa Allah menjadi tumpuan.

Allahu. 
Kuatkan keinginan di hati ini.
Moga terus punya keinginan.
Mencari redhaMu.
Dengan menyeru manusia kepadaMu.
Sepertimana baginda.



-HAK,11/9/13, 0528 jam. asrar,dublin-


No comments:

Post a Comment