Monday 1 April 2013

Kloroks..hehs boleh bersih ka?

Wajah mereka.

Melihat wajah mereka membuatkan hati ku menjadi sayu. Wajah-wajah suci itu. Mencari Pencipta.
Bait-bait ayat Al-Quran berkumandang. Di kala bacaan al mathurat petang itu. Aku memanggung kepala. Melihat wajah-wajah suci mereka. Satu persatu ku tatap. Tunduk. Fokus mereka. Sayu,syukur, bercampur.

Tuhan, hati ini, tanpa disedari, wujud rasa itu. Rasa yang tidak kau sangka akan wujud. Sayang. Kasih. Pada mereka.
Namun, aku tunduk semula. Tatkala memikirkan hati yang kotor ini, Sungguh malu. Hati mereka dan hati aku. Ah. Berbeza sungguh. Kotornya hati ini. Allah.

Aku berdoa dalam diam. Moga hati kotorku ini, tidak mengotorkan hati mereka. Sungguh takut. Memikirkan hati-hati yang allah sentuh ini, gundah kalau hati kotor ini yang menjauhkan mereka dari allah. astaghfirullah.

Sungguh, buat sekelian kali juga mengingatkan diri bahawa aku pemegang amanah Allah. Memang. hidayah itu dari allah. Tapi, aku turut tidak mahu melepaskan peluang besar ke Jannah ini. Namun, hati ini. Hehs. Perlu dicuci dengan kloroks barangkali. Ah. Belum tentu bersih juga,mungkin.

Allah,bersihkan hati aku ini, agar matlamatku kesampaian, yakni Firdausi yang dihiasMu untuk ku. Biiznillah.



-HAK, 18 Jan 2013, 1704 jam, asrar,dublin-

1 comment:

  1. mata bergenang. teringat. saat saat dulu. baca mathurat sama2 kejut qiam sama2 main sama2 makan sama2 gaduh sama2. haihh. aku mohon pada Allah, agar diri ini kuat dan tabah, dan mampu melangkah brsama kamu2 di sana. biar hanya jarak yg memisahkan kita.

    ReplyDelete