Melihat hati-hati suci,mencari Mu.allah.sungguh hebat.
Conversation with her that night..was a deep one. rarely. yep.indeed very rare to happen.
"Sya rasa x tenang la Nur,"
Peranan kita? Bukan untuk menghukum.Bukan juga untuk menilai. Sikit pun tidak.
Gantikan ia dengan pandangan kasih dan sayang.
erk.did i said kasih juga sayang?
Sungguh. tika hati-hati bersih yang dahagakan rahmat Allah.
kitalah yang bantu tunjukkan. hati itu tidak buta. cuma kabur.
senyum. respon. dengan bahasa yang menyenangkan jiwa dahaga itu.
kata-kata yang menyenangkan. menafikan dalam kelembutan. mengiyakan dalam ketegasan.
senyum. dengan peristiwa kini. juga dahulu.
Muhammad tidak pernah memandang hina jiwa-jiwa yang mencari.
tangan Muhammad mengusap lembut bahu Ikramah Abu Jahal.
Rapi.Kemas pelukan yang diberi Muhammad kepada Ikramah, pembunuh bapa saudara kesayangannya.
Aduh.sungguh hensem tindakan itu yet,ironi.
Dia menerima jiwa dahaga itu,dengan senyuman,dengan pelukan rapi.
Yang tidak pernah dirasai Ikramah barangkali.
Pelukan yang menerima. Ikhlas. bukan meragukan lagi.
Itulah kita. hadir membawa jawapan,ketenangan,kedamaian kepada mereka.
Bukan hukuman atau tikaman.
Sungguh, suci hati yang mencari, lagi suci hati yang memberi.
"pagi tadi Sya baca AQ, dua kali Sya jumpa ayat cakap pasal 'sakinah',"
senyum.airmata.
Nah, bukan kita yang memberi tapi Dia,Al-Khaliq.
senyum melebar.
-allahpanduhatikami-
-HAK,9 jan 2013, 2320 jam-
Redha Ilahi, perlu diraih walau dengan apa cara sekalipun...! Moga-moga coretanku di sini dipandang oleh Allah SWT sebagai usaha aku untuk mengejar cinta Allah...moga sama-sama memperoleh manfaatnya....
Sunday, 17 February 2013
Sunday, 10 February 2013
Buta..? Mata atau hati? Ke dua2? Eh.
"Dah doa?"tanya kakak itu pada aku.
"Doa apa?"
"Doa tengok alam."
Perjalanan kami dari Cairo ke semenanjung Sinai. Mulut terbuka. Kagum. Melihat kiri dan kanan. Mata tidak boleh kelip lagi. Bukan tidak boleh, tapi tidak mahu. Membatu aku. Melihat ciptaan Dia. Subhanallah.
Padang pasir. Cantik. Kosong di pandangan mata,tapi mengisi jiwa. Allahuakbar.Awan bergumpal-gumpal. Seolah-olah gula-gula kapas. MasyaAllah.
Sampai di Sinai, coaster menelusuri pasakan bukit-bukit batu merah. Mengagumkan aku. Seperti lukisan. Seperti di dalam gambar2 dalam 'kotak hitam bernyawa'. Harus percaya. Subhanallah.
Pendakian ke atas puncak gunung Tursina. Allah! Seperti mahu menjerit. Jam 2 pagi kami mula mendaki. Bulan menjadi pemandu jalan.Cantik yang amat. Turun bukit pada jam 8 pagi. Allah. Pemandangan atas bukit, hanya Allah yang tahu, Sebab Dia yang cipta. Hehs. Airmata. Tanpa sedar.
Sungguh. Penciptaan langit dan bumi, kepunyaan Dia. Mana bisa manusia mampu membuat sebegitu rupa. Maka seharusnya, melihat,mentadabbur ciptaanNya, seharusnya mendekatkan kita, hambaNya pada Dia,Al Khaliq.
Ayuh, lihat semula. Sudah banyak bukti yang Dia tunjuk. Disekeliling kita. Bukti mana lagi kita mahu lihat? Mahu tunggu langit jatuh, baru mahu sedar ka adik?
"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" {3:191}
Adoi. Allahu. Airmata.
Seringkali, hati berdoa, Allah beri aku kekuatan, beri aku keyakinan.
Terima kasih Tuhan. Perjalanan ke semenanjung Sinai,mengajar aku. Menyedari bahawa keyakinan, kekuatan itu, sudah terbentang jelas di hadapan mata. Mahu bagaimana lagi, untuk berasa yakin dengan Allah? Panas,airmata.
Allahu,ampunkan kami,jika belum cukup yakin. Kami hamba yang lemah. Tunjukkan kami kebenaranMu.
-HAK,dalam perjalanan pulang dari Sinai ke Cairo,1610 jam-
p/s: alhamdulillah, Allah beri peluang kepada aku, untuk merasai perjalanan tarbiyah Musa a.s di bumi ardhul kinanah, Mesir, moga kalian beroleh manfaat dari pengalaman ku ini. allah. moga redha. ameen.
"Doa apa?"
"Doa tengok alam."
Perjalanan kami dari Cairo ke semenanjung Sinai. Mulut terbuka. Kagum. Melihat kiri dan kanan. Mata tidak boleh kelip lagi. Bukan tidak boleh, tapi tidak mahu. Membatu aku. Melihat ciptaan Dia. Subhanallah.
Padang pasir. Cantik. Kosong di pandangan mata,tapi mengisi jiwa. Allahuakbar.Awan bergumpal-gumpal. Seolah-olah gula-gula kapas. MasyaAllah.
Sampai di Sinai, coaster menelusuri pasakan bukit-bukit batu merah. Mengagumkan aku. Seperti lukisan. Seperti di dalam gambar2 dalam 'kotak hitam bernyawa'. Harus percaya. Subhanallah.
Pendakian ke atas puncak gunung Tursina. Allah! Seperti mahu menjerit. Jam 2 pagi kami mula mendaki. Bulan menjadi pemandu jalan.Cantik yang amat. Turun bukit pada jam 8 pagi. Allah. Pemandangan atas bukit, hanya Allah yang tahu, Sebab Dia yang cipta. Hehs. Airmata. Tanpa sedar.
Sungguh. Penciptaan langit dan bumi, kepunyaan Dia. Mana bisa manusia mampu membuat sebegitu rupa. Maka seharusnya, melihat,mentadabbur ciptaanNya, seharusnya mendekatkan kita, hambaNya pada Dia,Al Khaliq.
Ayuh, lihat semula. Sudah banyak bukti yang Dia tunjuk. Disekeliling kita. Bukti mana lagi kita mahu lihat? Mahu tunggu langit jatuh, baru mahu sedar ka adik?
"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" {3:191}
Adoi. Allahu. Airmata.
Seringkali, hati berdoa, Allah beri aku kekuatan, beri aku keyakinan.
Terima kasih Tuhan. Perjalanan ke semenanjung Sinai,mengajar aku. Menyedari bahawa keyakinan, kekuatan itu, sudah terbentang jelas di hadapan mata. Mahu bagaimana lagi, untuk berasa yakin dengan Allah? Panas,airmata.
Allahu,ampunkan kami,jika belum cukup yakin. Kami hamba yang lemah. Tunjukkan kami kebenaranMu.
-HAK,dalam perjalanan pulang dari Sinai ke Cairo,1610 jam-
p/s: alhamdulillah, Allah beri peluang kepada aku, untuk merasai perjalanan tarbiyah Musa a.s di bumi ardhul kinanah, Mesir, moga kalian beroleh manfaat dari pengalaman ku ini. allah. moga redha. ameen.
Thursday, 27 December 2012
Sudah dapat, bila nak balas?!
"We,human,are one of many kinds of the complex creatures in this living system,"
Mataku membulat besar. Gigih aku cuba menangkap makna kata-kata dia.
"And I am always interested to unravel the mystery of our body, that we haven't come across it. Still, many structures in the body remain mysterious,"
Serius sekali lelaki bermata biru itu. Aku dapat merasakan bahawa dia benar-benar bersungguh dalam usahanya. Dia menyambung lagi.
"Let me ask you one question. What happen to our blood glucose when we fast?"
"Of course it will go down, sir," jawapan kedengaran dari ruang tengah dewan kuliah.
"And it may even depleted abruptly that it can affect our metabolism rate,"
Yakin sungguh Christian,pelajar pintar di kelasku mengeluarkan buah fikirannya.
"You are right,"balas Prof. Docherty. "But you are wrong as well." Pelajar ketawa mendengar kata- kata Prof. Docherty.
"Yes, our blood glucose will drop," sambil berjalan ke hadapan pentas, "But it will not go down to zero. Isn't it amazing?"
Tentu sekali wahai professor. Aku kagum.
"This is because our body will naturally compensate with the insufficient supply of blood glucose from diet by generating glucose from other building blocks,such as amino acid and fatty acid."
Aku terpegun.Masakan tidak. Bukti cinta Allah terpampang kini. Hebatnya. Sekecil- kecil tahap gula dalam darah. Dia sudah tentukan. Untuk kita.
*****************************************************
Menakjubkan? Mempersonakan? Kagum?
Subhanallah. Satu perkataan. Menggambarkan semua perasaan.
Kasih sayang Allah SWT kepada manusia. Tidak akan pernah dapat ditandingi. Begitulah kasihnya Allah SWT kepada manusia. Manusia. Ya. Kita. Allah SWT ciptakan kita dengan penuh teliti.Teliti.
Malunya dengan kita. Memang. Kita tidak akan mampu untuk membalas segala kasih sayang yang dikurniakan ini.
Tapi, pernahkah kita mencuba?
Pernahkah kita berusaha?
Kenapa mudah sekali putus asa?
Sedangkan rahmat dan cintaNya pada kita tidak pernah putus?
Ayuh,kalian.Lihat semula hidup kita. Sudah sejauh mana kita berusaha? Membalas cinta yang diberiNya?
Sejauh mana?
- H.A.K-
Tuesday, 18 September 2012
1/100 dari Ar Rahman
Belum
pernah lagi aku melihat dia sebegitu rupa. Senyumannya tidak pernah aku lihat
seperti itu selalu. Ada sesuatu yang lain padanya. Katanya, dia tidak kisah.
Ujarnya, dia sanggup. Aku fikir, senario seperti yang berlaku di hadapan mata
aku ini, hanyalah imaginasi pengarah-pengarah filem.”
Ya. Mama
ku. Tidak pernah aku lihat dia gembira sebegitu rupa. Tidak selama beberapa
tahun aku hidup dengannya. Ah! Mungkin jiwa kerdil yang seringkali memberontak
dahulu kala sudah buta. Tapi benar. Ini kali pertama. Mama mampu tersenyum
gembira,pada malam raya tahun ini. Hehs. Mungkin ya, normal bagi mama kalian.
Tapi tidak bagi mama aku, setelah ujian demi ujian melanda dirinya beberapa
tahun ini.
“Aik,
rilek ja mama ya, despite you have to cook a lot and even until late
midnight?” Aku berseloroh. Mama tersenyum. Sedikit pun tidak tipu. Jernih.
Ikhlas sekali senyuman yang diberi pada riak wajahnya. Aku gembira. Terharu.
Tentu
sekali dia gembira. Aku membuat andaian demi andaian. Tapi aku yakin. Masakan
mama bisa menyembunyikan kegembiraan apabila raya tahun ini dapat disambut dengan
seluruh ahli keluarga. Ya. Lengkap. Bertambah gembira apabila cucu-cucu
kesayangan mama turut beraya bersama. Ini bukan filem, bukan drama airmata di
ambang raya. Tapi realiti. Yang berlaku di hadapan mataku buat pertama kali.
Aku tidak akan lupa. Senyuman itu. Moga bertemu lagi dengan senyuman itu.
……………………………………………………………………………
Aduh. Hebat bukan penangan kasih dari ibu juga ayah?
Memang menakjubkan,ya? Tapi, pernahkah kita terfikir, mengapa perlu semua ini?
Dari mana datangnya perasaan kasih yang hebat ini, malah lebih berkuasa
daripada kuasa yang ada si badan sasa Superman?
“Rahmat Allah,”ujar seorang ustaz di radio.
“Yang dikurniakan kita di dunia ini, amat hebat rasanya,”
dia berhenti, menghela nafas.
“Namun, ini hanya satu bahagian yang Allah SWT turunkan
di muka bumi ini buat semua hambaNya,”terkedu aku mendengar.
“ Masih ada 99 bahagian yang ditahanNya di akhirat
sana,tapi dengan satu bahagian rahmat inilah, seorang ibu menyayangi anaknya,
seorang lelaki mengasihi ibunya yang sudah tua dan seekor singa membelai
anaknya. Subhanallah,”
Pergh. Itulah kuasa Allah Ya Rahman. Penuh dengan hikmah.
Penuh dengan keajaiban. Ya. Rasa sayang
ibu,ayah,mama,papa,daddy,mummy,walid,ummi itu adalah daripada Dia semata-mata.Maka,
seharusnya, kepada Dia kita berterima kasih. Syukur, Ya Rabbi!
Lantas, ayuh! Kita manfaatkan sebaik-baiknya kurniaan
ini. Jangan kita sia-siakan peluang ini, untuk meraih redhaNya. Jangan. Kelak,
rugi di akhirat.
“Rugilah orang-orang
yang mendapati kedua atau salah satu orang tuanya berumur tua, namun
keduanya tidak menjadikannya masuk syurga”
~hadis Rasulullah SAW~
~hadis Rasulullah SAW~
p:/s: Aseef(maaf) kerana mengambil masa yang lama untuk update post. Belum cukup istiqamah. Doakan agar dapat beristiqamah dalam jalan menuju redhaNya. Biiznillah.
Sunday, 1 July 2012
Priiiit..Priiit..Time is Up!
Priiiit..Priiit..Time
is Up!
“Your time remaining is 15 minutes!” Aku tersedar dari lamunan. Huh?!!
15 minit je lagi?!! Aku mengumam di dalam hati. Aduh! Mampus la aku.
Gara-gara datang lewat ke dewan peperiksaan, aku kesuntukan masa. Banyak lagi
soalan yang belum dijawab. Soalan yang sudah dijawab pun, tak dijawab dengan confident.
Masakan boleh confident, kalau
masuk dewan pun sudah tergopoh-gopoh!
Beberapa minit sebelum…..
“Usamah! Ko dah ready
blom untuk exam kejap lagi? Semua stationary dah ada? ID? Haa..ko
jangan lupa plak calculator,kalau tak…seksa plak nak jawab soalan Math
Higher Level tu,” muncung mulut Muhammad menasihatkan aku. Hmm..tapi aku
ambil ringan saja bebelan Muhammad yang aku rasa seperti berdesing di telinga
ni.
“Hmm, aku tawu la Muhammad.Nanti
la aku kemas. Biarlah aku update status FB aku ni dulu…” Jari aku ligat
menaip status FB, yang aku rasa merupakan kewajipan aku setiap hari.
-Exam bermula hari ni, cepatlah habis wahai exam! (Status FB aku)
Tanpa aku sedari, rupa-rupanya tinggal kurang 30 minit
saja lagi untuk peperiksaan bermula. Dan aku mulai sedar bahawa aku sudah
terlajak! Aduhai, beg pula masih belum berkemas! Tangan aku ligat memunggah
meja study, mencari calculator… Wahai, mana pula aku letak
calculator ni…!! Setelah 10 minit menghabiskan masa mencari calculator, terus
aku membuat pecutan ke dewan peperiksaan..
Hmm, perasaan menyesal menggunung dalam diri ni.
Kalaulah aku dengar kata-kata Muhammad tadi. Kalaulah aku buat persediaan awal
tadi. Kalaulah itu..Kalaulah ini…Hmmm…
…………………………………………………
Mungkin kita pernah mengalami situasi di atas, atau
mungkin tidak. Mungkin kawan kita pernah mengalami situasi di atas, lalu
menceritakan pengalamannya yang mendebarkan itu kepada kita…kan2? ;-) Nah!
Entah mengapa, pengalaman Usamah(bukan nama sebenar) di atas, seperti
merobek-robek hatiku…mengapa?
Kata-kata seorang ustaz yang berkongsi perihal solat
di frekuensi radio yang agak terkenal amat menyentap fikiran aku.
Dari Abdullah Ibnu Mas’ud, ia berkata :
“Aku bertanya kepada Rasulullah tentang amalan yang paling utama, beliau
menjawab: “Shalat di awal waktunya.”(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan
Muslim)
Gi
mana? Berjaya tak kaitkan pengalaman Usamah dengan perkongsian ustaz itu tadi?
Berjaya? Bagus..baguuus.. Apa? Masih belum jumpa connectionnya?? Tidak
mengapa..biar saya bantu, eh?
Begini….cuba
imbas kembali saat-saat dahulu, di waktu pelajaran merupakan priority kita…fuuh!
Exam musti mau A+ maaaa…mesti nak bersaing dengan rakan-rakan, mesti nak
jadi yang terbaik,kan? Saya yakin juga, anda bukanlah seperti Usamah yang
terleka dengan Facebook di waktu-waktu genting hari peperiksaan..kan? Hek
eleh, tak logik la cita Usamah kat atas nii…Tentulah! Tak masuk dek akal
kan? Bagaimana seorang pelajar bisa mementingkan Facebook lebih dari exam
yang boleh menentukan masa hadapannya, kan2?
Hmmm…
Jap2…tapi…..SOLAT?
Kenapa dengan SOLAT?
Hmmm…
Satu soalan untuk renungan hati…logik tak untuk kita
memandang sebelah mata, sesuatu yang mampu menentukan hidup kita-Dunia dan
Akhirat?? Seperti mana kita rasa exam itu mampu menentukan masa hadapan Dunia
kita dan kita sentiasa membuat persediaan yang sehabis baik untuk menghadapinya,
bukankah kita juga perlu membuat sehabis-habis baik untuk perkara yang
menentukan kecerahan masa hadapan dunia dan akhirat kita??
Aduh…tidak terniat langsung untuk
menempelak sesiapa selain diri sendiri…
Ayuh..sama-samalah
kita renungkan…jika kita sanggup bersedia awal untuk hari-hari exam masakan
kita tidak mahu prepare yang terbaik untuk solat kita…Nah..Nabi sudahpun
beritahu bagaimana caranya..iaitu, solat di awal waktu..itu yang paling utama,
tak gitu, huh?
………………………….
Dari Abdullah Ibnu Mas’ud, ia berkata :
“Aku bertanya kepada Rasulullah tentang amalan yang paling utama,
beliau menjawab: “Shalat di awal waktunya.”(Hadis riwayat Imam
Al-Bukhari dan Muslim)
………………………InsyaAllah………………………
p/s:
maaf jika terlalu banyak bahasa rojak…sebenarnya hanya cuba memasukkan elemen
santai.. ;)
Wednesday, 27 June 2012
Jailiyah Punyai Gigi Tajam?!!?
Jahiliyah Punyai Gigi Tajam?!!?
“Meow..Meow..Meow…”
Tatkala aku baru sahaja menyandar pada pintu masjid, kucing tompok hitam putih
datang mendekati aku. Suka sekali dia menyendeng-nyendengkan badannya ke kaki
aku. Mintak diusap agaknya. Kasihan jugak aku melihat. Pasti dia kelaparan.
Tangan aku mengusap lembut bulu kucing.Lembut. Walaupun kucing terbiar. Dia pun
makhluk Allah. Tiba-tiba....
“Opocot..Astaghfirullah..terkejut aku..fuuhh!” Kucing
tadi terus melompat lantas menyembunyikan diri di sebalik tiang masjid. Hairan jugak aku. Kucing terus menerus
menyorok di belakang tiang ala-ala pink panther. Badan direndahkan. Ibarat
sedang memburu mangsa. Rupa-rupanya
kerana seekor burung! Burung yang mendarat di lantai masjid menarik
perhatian si kucing. Aku terus memerhati gelagat dua makhluk Allah yang sedang
melaksanakan aturan yang Allah telah tetapkan sejak azali.
“Dia-lah
Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak
(menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui
segala sesuatu.” (2:29)
Aku
yakin. Setiap perkara yang berlaku. Untuk aku.Untuk manusia. Untuk hamba Dia.
Jadi, adegan si kucing dan burung yang Allah paparkan depan mata ku juga pasti
ada ibrahnya.
Si
burung, dengan kepala yang terhangguk-hangguk tanpa menyedari gelagatnya
diperhati kan makhluk lain, meneruskan aktivitinya dengan berkeliaran di lantai
masjid. Si kucing terus-menerus memerhati. Kelopak mata tidak berkelip. Walau
sedetik. Takut-takut terlepas. Langkah disusun rapi agar kehadiran tidak
disedari. Si kucing bertindak seperti pemburu profesional yang sudah beberapa
hari tidak makan. Aku yakin. Jika tidak kerana Tok Siak yang menghalau burung
tersebut, sudah lama si burung berada di dalam perut si kucing tompok.
Begitulah
diri dan jahiliyah. Diri ibarat burung yang masih berseronok berkeliaran sana
sini tanpa menghiraukan mata-mata jahiliyah yang memandang. Bila-bila sahaja,
jahiliyah bisa menerkam diri yang leka. Yang lena. Yang sengaja melekakan. Yang
sengaja melenakan. Amat takut kan?
Bagaimana jika mata jahiliyah, bukan hanya mata? Bagaimana jika jahiliyah
punyai kuku dan gigi yang tajam? Yang mampu merobek hati hingga berkecai? Yang
mampu mengisar hati hingga lumat? Bagaimana? Jika begitu, lantas diri dalam
bahaya! Berwaspadalah!
p/s: jargon
Jahiliyah
secara ringkasnya adalah perkara-perkara yang boleh menjauhkan kita daripada
mengingati Allah SWT dan membuatkan kita jauh daripada Allah SWt..dan setiap
orang mempunyai jahiliyah yang berbeza....
Tuesday, 26 June 2012
::Without You::
::Without You::
"I can't live, if living is
without you,..oh..oh.." Lagu kegemaran mama kedengaran berkumandang di
corong radio. Suka sekali mama dengan lagu nyanyian Mariah Carey itu. Kata
mama, lagu itu amat bermakna. Tambah-tambah apabila ia mampu mengimbau banyak
nostalgia manis antara mama dan abah. Waktu muda dahulu la katakan. Senyuman
manis terukir di bibir wanita pertengahan usia itu. Senang hati aku melihat
mama gembira.
Nah. Dek pengaruh mama, mulutku
turut terikut-ikut dengan bait-bait lagu tersebut. Bait 'without you' terngiang-ngiang di telinga ku.
Lamunan ku terhenti tatkala bunyi mesej di handphoneku berbunyi.
---"Salam,
ukhti(sister), apa khabar iman? Tak bolehkan hidup tanpa Allah? :)
Tepat benar pada masanya. Kena betul
pada masanya. Bisa hidup tanpa Allah? Fuh. Sudah tentu la tidak. Bagaimana
hamba mampu hidup tanpa Penciptanya? Bagaimana? Bagaimana? Aduh.....Namun,
lihat saja pada diri kita...lihat, saat sekarang juga! Seringkali, diri kita
lupa pada satu keyataan, malah, ada juga yang lebih parah, kerana tidak pernah
sedar saat bila-bila pun, akan kenyataan itu...kenyataan apakah???
BAHWA kita TIDAK AKAN pernah mampu
hidup tanpa Pencipta kita...
-----Tapi, mengapa masih ramai lagi yang masih
mampu tersenyum,masih mampu ketawa, masih mampu bergerak, walaupun tanpa Allah
SWT di hati?? Mengapa??Mengapa??
Waduh, sih! Bukan hidup itu yang aku
maksudkan! HIDUP ini merupakan penghidupan yang SEBENAR.. kehidupan yang
SEHARUSNYA didambakan segenap manusia di muka bumi ini..ini lah hidup yang
paling IDEAL di dunia ini...!
Benar sekali! Right on the bull's
eye! Fizikalnya, seseorang manusia itu memang masih bergerak, masih mampu menyuap makanan, masih mampu
bergelak ketawa bersama orang tercinta, NAMUN, tanyalah tuan punya diri itu, bagaimana,
puaskah? Benar-benar puas kah? Tentu sekali, YA, TIDAK PUAS!
Ayuh, kita lihat dari pespektif mana
yang tidak puas nih??!! Aku pasti, semua sedia maklum akan kenyataan bahawa
setiap kerajaan itu pasti ada rajanya.. lantas, jasad yang dimiliki ini tentu
juga ada rajanya, tapi siapa Raja kepada Kerajaan Jasad ini??
'
Ketahuilah! Sesungguhnya, dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila baik,
maka baiklah seluruh jasadnya, dan apabila ia rusak, maka rusaklah seluruh
jasadnya. Ketahuilah! Segumpal daging itu adalah hati' ~potongan hadis ke-enam,
riwayat al-Bukhari dan Muslim~
Aha! Jelas bukan, hati lah yang
menentukan keadaan anggota kita yang lain?? Namun, seringkali kita lupa untuk
memberi makan kepada segumpal daging itu...malangnya, berlebih-lebihan dalam
memberi makan kepada tubuh yang sudah sedia berisi itu! Lantas, bagaimana hidup
yang SEBENAR mampu dikecapi, jika seringkali 'tidak cukup makan'??
Bingung ya? Jadi, bagaimana mahu
dapat HIDUP yang paling IDEAL itu?? Senang aja...so easy! Let us ask our Most
Gracious Creator..He always purposely reveal the secrets..nice huh? =)
"Ingatlah,
hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram"
~ Surah Ar-Ra'd:28~
Tentu sekali, hati yang tenang,
adalah kurniaan Allah SWT, yang mampu menawarkan kita dengan kehidupan yang
PALING puas,bukan?? Ayuh, sama-sama lah kita penuhi hati dengan ALLAH SWT, agar
hidup BENAR-BENAR bahagia..
Aduss.Terngiang-ngiang pula
bait-bait lagu Hakikat Bahagia dendangan Unic di telingaku nih..ketemu lagi ya?
Aku mahu melayan lagu ini...assalamualaikum! :p
p/s: belakang tabir:
'Bukankah Tuhan telah berfirman,
Ketahuilah dengan mengingati Allah,
jiwa kan menjadi tenang....uwooowooo....
Hakikatnya bahgia itu,
Adalah ketenaangan
Bila hati mengingati Tuhan...uwoowooo'
Subscribe to:
Posts (Atom)

